AKU PENGEMBARA: 2012


Friday, December 28, 2012

Perkhawinan Khairul Fahmi menjadi penutup tirai

Tahun 2012 disifatkan sebagai tahun perkhawinan buat selebriti tanah air. Antara selebriti terkenal yang memilih tahun 2012 ini sebagai tahun perkhawinan mereka antaranya pasangan Yusri dan Lisa, Awal dan Scha, Farid Kamil dan Diana Danielle setra tidak ketinggalan penjaga gawang Harimau Malaya Apek dan Launiey yang melangsungkan pernikahan hari ini yang merupakan penutup tirai 2012.

 #Tahniah Apek, semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Selain Apek dan pasangannya Launiey, ada lebih kurang dua puluh lagi pasangan selebriti yang melangsungkan perkhawinan pada tahun ini. Berikut adalah senarai pasangan selebriti yang Aku pengembara listkan hasil permintaan pembaca yang minta saya senaraikan pasangan-pasangan tersebut.. Emm, pandai plak diaorang nie bagi Aku pengembara job. Hehe. Apa-apa pun, Aku pengembara tetap buat yang terbaik untuk fans Aku pengembara.. Jom layan..

1 Januari
Ash & Sherry Merlis

20 Januari
 
Ally Iskandar & Farah Lee

23 Februari
 
Yusri & Lisa Surihani

25 Februari
Anna Rafali & Naim

1 April
 
Azza & Azlan Zulaily

12 April
Natasha Hudson & Carleed Khaza

27 April
 
Fasha Sandha & Rizal Ashram

4 Mei
Awal Ashaari & Scha Al Yahya

6 Jun
Nurul & Eric Depp

29 Jun
 
Irma Hasmie & Redza Syah

7 Julai
Ella & Azhar

30 Ogos
Izreen Azminda & Riza Baharuddin

3 November
 
Farid Kamil & Diana Danielle

9 November
Dato' Lee Chong Wei & Wong Mei Choo

16 November
 
Hairie Othman & Dalia Diana

10 Disember
Betty Benafe & Bruce Darghous

12 Disember
 
Suki Low & Jeremy Chong

15 Disember
Acong Sweetchild & Marya Zuraida

20 Disember
 
Fazurina & Haikal

20 Disember
 
Dj Cza & Aimi Nadhirah

22 Disember
Anne Ngasri & Sumali

28 Disember
 
Khairul Fahmi & Launiey Natasha

#Tahniah diucapkan kepada pasangan-pasangan romantik tersebut. In Shaa Allah lepas nie giliran Aku pengembara plak. Hahakkzzz.. Apa-apa pun thankz kepada yang sudi baca post kali ini.. Seperti biasa pesanan Aku pengembara, Tegur bila aku salah, hulurkan tanganmu bila aku lemah.. Assalamualaikum..

Sumber gambar dari google image 



Wednesday, December 26, 2012

Azwan Ali serang Johan kerana isu maharajalawak Mega


Tepat pukul 4.46 pagi Aku pengembara terjaga daripada tidur. Debar serta rasa takut pula untuk memikul amanah berat yang diberikan kepada Aku pengembara. Ahhhhh.. malas la nak cerita pasal job esok. Lantaklah!. Ok, kita berbalik pada topic asal. Ketika sedang khusyuk melayari internet, Aku pengembara tertarik dengan satu post ringkas yang mengatakan Johan rajalawak diserang oleh Azwan Ali disebabkan isu maharajalawak mega. Betulkah? Topic panas itu mendorong Aku pengembara mencari kebenaran cerita tersebut dan akhirnya Aku pengembara menemui satu blog yang menceritakan kejadian itu beserta audio sound yang betul-betul menggemparkan. Anda boleh lihat di sini ---> Azwan Ali serang Johan di radio ERA. 


 

Tuesday, December 25, 2012

Apa kata Najwa Latif mengenai cinta


Macam-macam pendapat mengenai cinta. Daripada golongan terpelajar sehingga golongan bawahan masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa sebenarnya cinta. Cinta mempunyai banyak maksud mengikut pendapat sesetengah orang termasuklah artis-artis seluruh dunia yang mempunyai pendapat masing-masing. Malas nak cakap banyak, jom kita tengok apa kata mereka..


✿ Kata Najwa →❤ cinta muka buku
❀ Kata Rangga →❤ ada apa dengan cinta
✿ Kata Radja →❤ benci bilang cinta
❀ Kata Agnes Monica →❤ cinta tak ada logika
✿ Kata Polis →❤ cinta itu sukar ditangkap

❀ Kata Ustaz →❤ cinta itu adalah anugerah
✿ Kata Doktor → ❤ cinta sukar untuk diubati
❀ Kata Cikgu →❤ cinta payah untuk di pelajari
✿ Kata Hakim →❤ cinta tak boleh di hukum
❀ Kata Orang →❤ cinta itu sesuatu yang indah
Kata Ulamak →❤ cinta Allah kekal abadi


Aku pengembara: Itu kata mereka, kata saya plak, "CINTA ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN". Tanpa pengorbanan cinta tak akan mekar dan bercambah. Pengorbananlah titik bermulanya bibit-bibit cinta dalam diri seseorang. Semakin banyak kita korbankan, semakin bercambahlah perasaan cinta dan sayang itu. Mengapa seorang ibu sangat mencintai dan menyayangi anaknya? Jawapannya mudah, sebab ibu telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga dalam membesarkan seorang anak. Sejak anak dalam perut, kemudian bergadai nyawa pula melahirkan anak bukanlah satu pengorbanan yang kecil. Sebab itulah cinta dan kasih seorang ibu melebihi cinta pencinta-pencinta wanita di luar sana. 

Kenapa pula sepasang kekasih saling mencintai antara satu sama lain? Jawapannya tetap sama. Mereka telah mengorbankan banyak benda sepanjang tempoh percintaan. Korban top up tiap-tiap hari, tiket wayang cerita sedih, beli hadiah hari jadi, belanja makan tengah hari, dating di bawah panas mentari, minyak motor/kereta tiap pagi. Semua ini memerlukan pengorbanan yang banyak. Sebab itulah apabila kehilangan yang dikasihi kita akan rasa sedih disebabkan pengorbanan kudus kononya telah kita lakukan. 

Begitu juga dalam hal-hal agama. Apabila kita banyak berkorban untuk agama, kecintaan kita kepada agama pun semakin dalam. Sebagai mana seorang ibu sanggup berjaga malam menjaga anaknya, Sebagai mana sepasang kekasih tidak rela melihat kekasihnya dalam keadaan derita, begitu jugalah cinta kita kepada agama. Kita akan tersentak apabila agama dipermain-mainkan dan hati memberontak apabila agama dihina. Semakin banyak kita korban, automatik semakin menebal rasa cinta dalam diri. Kesimpulannya, pokok pangkal pada semua ini adalah PENGORBANAN... Renung-renungkanlah. Akhir kata daripada saya, tegur bila aku salah, hulurkan tanganmu bila aku lemah. Assalamualaikum..

Sunday, December 23, 2012

Cameron Highland Aku datang (15 gambar)

Cameron Highland merupakan salah satu tempat pelancongan yang begitu terkenal di Malaysia. Pusat peranginan tanah tinggi yang sejuk dan mendamaikan membuatkan siapa sahaja yang berkunjung pasti terpukau dan terpesona. Keunikan itulah yang membuatkan Aku pengembara rasa terpanggil untuk mengembara dan merasai sendiri keindahah Cameron Highland seperti yang diperkatakan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. So, untuk mencintainya Aku harus mengenalinya. Hahaha.. Sebelum Aku mencarut yang bukan-bukan lagi, jom layan pengembaraan dua hari yang menggamit memori ini. Cameron Highland aku datang!

Sebelum memulakan pengembaraan, macam biasa la check and setting kamera dulu (^_^)

Yang nie bukan Cameron Highland, tapi sebuah perkampungan orang asli yang di beri nama Lata Kinjang. Sebelum pergi Cameron hari tu sempat juga singgah snap beberapa gambar slow shutter sini.

Nie dia ujian sebelum sampai ke destinasi. Pening!

Semangat Cameron Highland. Naik kenderaan nie pun ada? Hehe..

Cactus point. Bagi penggemar-penggemar cactus.

Gambaran suasana di atas gunung yang sejuk dan dipenuhi kabus. Kalau kat Cameron nie aircond macam tiada function. Kereta pun x payah pakai aircond. Jimat.

Nak tahu tahap kesejukan Cameron nie. Tengok lantai tu terpaksa beralas selimut, kalau tak boleh beku kaki sampai ke tulang rusuk. Hehe. Kalau nak buang air terpaksa fikir dua tiga kali, sejuk woo..

Permandangan tesergam indah di hadapan hotel tempat Aku pengembara menginap. tenang dari kesibukan kota.

Semua ada di sini. Tea house, Strawbery point dan mushroom farm. Singgah la kalau berani. Hehe.

'Cameron dan strawbery' tidak dapat dipisahkan seperti juga 'strawbery dan wanita'. Memang tak dapat dipisahkan. Aku pengembara pun musykil kenapa perempuan nie suka strawbery, bukannya sedap pun. Hehe. Mohon penjelasan sikit?

Pengalaman first time masuk tempat strawbery ditanam. Begini la keadaan strawbery yang tak masak lagi.

Sayur oh sayur! Suasana di tanah tinggi Cameron nie macam suasana Kundasang di Sabah plak yang Aku pengembara pernah jejak dalam pengembaraan sebelum ini. Teringat kenangan di Kundasang. 

Singgah sekejap di ladang teh. Orang cakap pergi Cameron Highland nie kalau tak singgah ladang teh tak sempurna la percutian.

Tengok tu, bukan main lagi diaorang tu. Yang tua pun kalau dah sampai sini macam budak-budak.. Hehe. Tapi serius, memang seronok dan tenang bila sampai tempat nie.

Dalam keseronokan di ladang teh, lensa kamera tertarik plak dengan adik comel main dengan binatang nie. Comel kan?


Aku pengembara: Ada banyak lagi gambar tak sempat upload dalam blog nie. Makin banyak gambar, nanti pembaca pun menyampah tengok bukan? Tapi kalau terlintas hati nak tengok terutamanya member-member Aku pengembara, bolehlah melepaskan kerinduan anda dengan klik di sini ---> Cameron Highland aku datang!. Dalam seronok bercuti tu, ada pesanan dan persediaan penting yang harus kita buat sebelum sampai ke Cameron Highland nie. Bukan apa, menurut pengalaman, kita takut akan berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang percutian.

Pertama sediakan wang yang mencukupi sebab banyak benda yang menarik dekat Cameron nie. Selain daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, dekat Cameron nie juga terdapat cenderamata yang menarik termasuklah kain dan T-shirt muslimah dengan design yang unik. Tertarik juga tengok semua tu walaupun Aku pengembara nie lelaki sampai terfikir juga nak beli, tapi tak tahu T-shirt tu nak bagi siapa..

Selain itu, saya nasihatkan kalau nak bercuti ke Cameron nie, carilah waktu yang sesuai. Jangan pergi time sabtu ahad sebab jalan menuju ke puncak sesak time nie. Menurut penduduk yang tinggal di situ, jalan menuju destinasi-destinasi menarik sebelum menuju puncak hanya satu jalan sahaja. So, semua orang melalui jalan yang sama lebih-lebih lagi time cuti sekolah. Bukan tak boleh, tapi pendapat peribadi saya, orang cakap kalau enjoy, biar enjoy yang betul-betul enjoy. Kalau pergi time sesak, sudah tentu la penat dan tention. Tak percaya? lihat nie ---> Memang sesak. apa-apa pun thanks kepada yang sudi mengikuti pengembaraan Aku pengembara kali ini.. Sekian untuk kali ini akhir kata, seperti biasa 'TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH' Assalamualaikum.....










Saturday, December 22, 2012

Sedih: Ya Allah singkatnya hidup ini (Video)

 

Aku pengembara: Hidup ini umpama sesaat. First time tengok video nie tersentuh juga la. Tipu la kalau Aku cakap video nie langsung tak sedih. Touching juga sikit. Babak paling sedih time yang lelaki tua tahan pendulum tu, memang touching time tu ditambah lagi dengan elemen cinta membuatkan video ini begitu menyentuh jiwa.

Teringat plak zaman sekolah menengah dulu main baling-baling kertas dengan budak perempuan. Lepas baling buat tak tahu then gelak dengan member-member. Seronok sampai tak ingat dunia. Peristiwa itu Aku rasakan seperti baru sahaja semalam berlalu. Betul la orang cakap, masa yang berlalu akan terus berlalu dengan pantas tanpa sedikit pun simpati kepada manusia.

Ya Allah! Begitu cepatnya masa berlalu.
Aku tidak dapat manahannya dari terus pergi.. 
Oleh itu aku mohon semoga hari-hari yang mendatang engkau berilah Aku kekuatan untuk terus mengharungi kehidupan ini dan peliharalah Aku agar terus berada dalam kalangan orang-orang yang engkau beri petunjuk. 

'AMIN'kan untuk AKU PENGEMBARA..

Thursday, December 20, 2012

Misteri makhluk berkaki satu di blog B Desariavilla


Gambar misteri ini merupakan antara ribuan gambar yang masih lagi tersimpan rapi dalam memori DSLR Aku pengembara. Gambar yang bertarikh 3 april 2012 ini pada awalnya Aku pengembara istilahkan sebagai gambar 'sampah' dengan composition serta angle yang langsung tidak menarik. Namun gambar sampah itulah yang telah menggemparkan student Limkokwing dengan kehadiran makhluk berkaki satu. Gambar ini di'snap' secara kebetulan oleh Aku pengembara sendiri yang pada awalnya sekadar untuk menunjukkan kepada seorang member contoh element framming dalam fotografi. Secara spontan Aku pengembara pun menghalakan lensa kamera ke arah seorang wanita cantik yang sedang berjalan lenggang-lenggok menaiki tangga. Apa yang mengejutkan apabila sahaja gambar terpapar pada skrin kamera, kelihatan seorang wanita berkaki satu sedang mengekori seorang lelaki yang sedang membawa beg plastik (gambar di atas). Seram. Untuk megetahui kisah ini dengan lebih detail, bolehlah bertanya terus kepada rakan Aku pengembara, ABDUL HAFIZ yang kebetulan bersama saya melihat secara live kejadian yang penuh mendebarkan itu. I have no answer for this question..

Hal-hal demikian sememangnya biasa berlaku di mana-mana tempat termasuklah Desaria Villa, tempat kediaman student Limkokwing ini. Sebelum ini pun pernah berlaku satu kejadian bunuh diri terjun bangunan di bangunan blok B. Cukup tragis. Time tu Aku pengembara belum lagi tinggal di Desaria Villa nie. Nak bukti kisah tu boleh la klik sini ---> SINI.

Tak cukup dengan itu ada satu lagi kisah yang Aku alami sendiri sepanjang menetap di Desaria Villa tercinta ini. Kejadian nie berlaku pada tahun lepas time subuh, seperti biasa rutin harian apabila sahaja jam menunjukkan pukul 6 pagi, Aku dengan mood baru bangun tidur melangkah malas turun menuju ke surau. Rumahku tingkat 10, surau plak bawah sekali dekat dengan swimming pool. Fuh! menguji tahap kemalasan..hehe. Pagi tu beza dengan pagi-pagi yang lain. Suasana di luar koridor gelap. Tidak tahu siapa yang tutup lampu time-time begini. Dalam kesamaran cahaya bulan, Aku kuatkan langkah menuju ke arah lif yang berada di hujung bangunan dekat dengan bilik tempat sampah. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun masuk namun yang menghairankan lampu dalam lif pun buat hal. berkelip-kelip lambat plak hidup. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Aku pun mula syak sesuatu. Jantungku mula berdebar-debar. Mata yang tadinya stim automatik segar. bulu roma plak meremang tak tentu pasal. Perjalanan lif dari tingkat sepuluh ke bawah begitu lama ku rasakan. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun cepat-cepat keluar dengan harapan semua perasaan itu akan hilang.

Ingatkan ia sudah berakhir, namun ketika melalui lorong sunyi menuju ke surau, dalam suasana samar-samar Aku terlihat satu lembaga dengan rakus menggigit tengkuk seseorang. Aku tercengang. Jantungku berdegup kencang bagaikan sebuah gelanggang kuda. "Salamun ala sulaiman fil alamin" itu sahaja yang mampu Aku ucapkan seperti yang pernah diajar oleh seorang ustaz kepada ku apabila berhadapan situasi seperti itu. Aku tiada pilihan. Aku tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan semangat meluru ke hadapan. Dalam jarak lebih kurang lima meter bentuk lembaga itu jelas kelihatan. Shit! rupa-rupanya sepasang kekasih sedang berasmara. Tak guna punya foriegner. Suspen Aku. Setelah menyedari kehadiran ku, adegan gigit-menggigit itu terhenti di situ. Aku yang lengkap berkain sarung itu pun berlalu sambil diperhatikan oleh mereka. Lemahnya iman. Hanya mampu melihat situasi itu di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.

Selain itu, ada satu lg kisah yang Aku pernah dengar dari senior-senior time baru masuk semester satu dulu. Tak tahu la kisah nie betul ke tak tapi yang pasti kisah nie heboh diperkatakan time tu. (kalau senior nie tipu, maknanya Aku pun tipu la). Senior tu cakap, ada seorang wanita penjual minyak wangi yang kerap kali berlegar-legar disekitar Desaria Villa condominium tersebut. Tiap hari tanpa rasa jemu dia menyapa student untuk menjual minyak wangi tersebut tapi yang anehnya tiada siapa pun yang mengenali wanita itu. Dikatakan wanita itu akan datang apabila menjelang malam dan menghilang apabila sahaja azan subuh berkumandang.. Wallahu alam...




Sunday, December 2, 2012

Keputusan penuh AFF Suzuki 2012 Malaysia VS Indonesia

Alhamdulillah! Akhirnya Malaysia mengesahkan tempat di separuh akhir selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan jaringan dua gol tanpa balas. Seluruh rakyat Malaysia pastinya bergembira dengan keputusan ini dan berbeza pula dengan penyokong-penyokong Indonesia yang terpaksa menerima hakikat bahawa pasukan mereka telah pun tersingkir. Selepas sahaja tamat perlawanan penuh debar itu, Aku pengembara buka Facebook kejap tengok kalau-kalau ada lagi komen pedas dari penyokong tempatan untuk coach K.Rajagopal (mana la tau masih ada kan? ^_^). Sedang sibuk melayan muka buku tu, Aku pengembara tertarik plak dengan satu status dari page negara jiran yang cukup-cukup sedih dan menyentuh jiwa bagi Aku pengembara. Hehe. Tak percaya? jom kita terjah..

 
#Status nie x sedih. Komen di bawah nie yang tacink baca tu..

#Walaupun tewas, mereka tetap dibelakang pasukan dengan doa yang tidak jemu-jemu (terharu).. Kalah menang tetap di belakang pasukan. Nie yang kita patut contohi..

 #Tak cukup dengan itu, ada satu lagi komen yang menaraik perhatian. Ayat yang last tu Aku pengembara faham, yang atas tu ambil masa juga nak faham (google translete la jawabnya). siapa yang faham boleh explain sikit?  :)

Aku pengembara: BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!


Friday, November 30, 2012

Fakri Sharani dan Shila Hamzah ada chemistry

Kedua-dua individu ini walaupun berbeza kerjaya tetapi mereka mempunyai satu persamaan ataupun chemistry (istilah bagi Aku pengembara) di mata rakyat Malaysia. Kedua-dua mereka dikritik hebat di bumi sendiri sedangkan negara luar sibuk mengiktiraf dan menyanjung bakat luar biasa yang mereka miliki. Apa agaknya kesalahan yang mereka lakukan sehingga mendapat cemuhan sedemikian rupa?

Fakri Sharani, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena bolasepak tanah air. Satu Malaysia tahu yang pemain muda ini mis pinalti ketika final sukan SEA yang lalu. Hehehe (jangan marah Fakri). Berikutan detik-detik indah itu (^_^), beliau dilemparkan dengan pelbagai cemuhan yang menjadi halwa telinga sehinggakan terwujudnya satu page dalam laman sosial facebook yang berbunyi 'Saya benci Fakri Sharani' (kejam.. kejam...). Menarik bukan? Rata-rata peminat ketika itu berpendapat sepatutnya tiada tempat untuknya dalam pasukan kebangsaan. Tetapi kalau kita fikir-fikir balik, itu merupakan satu kesilapan biasa yang dilakukan oleh mana-mana pemain bola sepak sekalipun (pendapat Aku pengembara). Nama-nama besar dunia seperti Messi pun pernah melakukan kesilapan sama. Kenapa kita cepat sangat menghukum? Aku pengembara teringat akan satu ayat yang pernah keluar dari mulut anak muda ini dalam rancangan majalah 3 yang lalu. Dia cakap, 'Tak kisah la apa orang nak kata. Kalau bola tu tak nak masuk tak masuk juga, buat la macam mana pun (lebih kurang macam tu la..) Bagi aku pengembara, daripada ayat yang diungkapkan itu terselit di dalamnya satu semangat dan kesungguhan striker muda pasukan kebangsaan ini untuk membuktikan sesuatu. Setelah lulus mengharungi ujian mental setelah sekian lama, akhirnya anak muda ini dikatakan akan membawa harapan negara untuk beraksi di Portugal nanti mengikut jejak langkah Nazmi Faiz sebelum ini (Alhamdulillah, berkat kesabaran).

Shila Hamzah, anak kepada Nd Lala, pemilik wajah cantik berlesung pipit, tetapi beperwatakan gedik (orang cakap). Penyayi bersuara lantang bak kata orang tua menyanyi didepan cermin boleh pecah. Beliau tidak penah mendapat apa-apa pengiktirafan dalam negara malah sering dicop gedik oleh media tempatan. Namun sejak kebelakangan ini nama beliau melonjak naik selepas berjaya merangkul anugerah berprestij di China. Fuh!
 
Aku pengembara: Kesimpulannya Fakri dan Shila adalah pasangan yang chemistry dan secocok. Kedua-dua mereka disisihkan oleh peminat tempatan tetapi diangkat dan dijulang oleh peminat negara luar. Uniknya Malaysia (^_^)

# Go Fakri!
# Go Shila! 


Saturday, November 24, 2012

Persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2012 (minggu 2)



Minggu 2

Tema:  Spoof, tiru, parodi, scene atau ajuk dari mana2 babak, adegan, sketsa dari filem, drama samada tempatan atau antarabangsa.

Undian 3 teratas:
1) Jozan
2) Jambu
3) Boboi

Undian 3 tercorot:
- R2
- Dadidu
- Pimai

Persembahan pilihan Aku pengembara minggu ini:
* JAMBU

Buah tangan minggu 1 (pilihan Aku pengembara)

Nak lagi detail?? ---> SINI


Thursday, November 15, 2012

Love: Aku akan sayang dia sampai mati





Aku pengembara: Perkongsian kisah cinta kali ini dipetik daripada kisah cinta yang telah dikongsikan oleh seorang rakan blogger dalam laman blog kreatifnya AMIRA SYUHADA. Serious, pertama kali baca kisah cinta nie beberapa bulan lau, rasa jelous plak. Bila la saya dapat kecapi bahagia macam diaorang nie, rasa macam nak khawin cepat pun ada.. haha. Jelous dowh! Apa-apa pun, thankz to Amira Syuhada coz bagi keizinan pada saya untuk post kisah cinta romantik ini. Akhir kata daripada saya 'Tegur bila aku salah, hulurkan tangan mu bila aku lemah'. ASSALAMUAlAIKUM.